22 July 2016

Malas Lipat Baju? Try Tips Ini..

Assalamualaikum..


Lipat baju.. Baca pun dah malas kan? Hahahah.. Ok macam ni lah.. Saya pun kadang-kadang ada jugak mood malas melipat baju ni. Ahli jemaah yang tolong basuh kain baju ni memang ramai di rumah.. Sidai kain baju pun ramai. Tapi bab melipat kain baju ni, saya sorang saja.


Bila dah angkat kain dari ampaian, masuk dalam bakul besar. Bila dah dua tiga hari tak lipat memang confirm-confirm lah jadi menggunung. Sakitttttttt mata tengok. So saya guna tips ini supaya mood tu rajin sikit nak lipat kain baju. Haha.. Kalau gamak tak larat nak lipat yang menggunung tu, boleh lipat sikit-sikit kannnnn. 




Mood malas lipat baju dan-dan naik mencanak 200% kalau macamni


Saya guna kaedah bakul. Di rumah memang saya sediakan satu bakul baju untuk seorang. Ahli jemaah ada tiga orang + saya sorang. So saya sediakan 4 bakul baju + 1 bakul extra untuk untuk towels, cadar, selimut dll.. So di rumah saya ada 5 bakul.  Lepas angkat kain dari ampaian, terus sort baju kepunyaan masuk bakul masing-masing. Dengan cara ini kita boleh pilih nak lipat kain dalam bakul yang mana dahulu. Tak perlulah lipat semua kalau dah tak larat. Sekurang-kurangnya baju tak bersepah. Dah sudah lipat baju, bakul-bakul kosong ni tindan dan letak di tepi dinding. Kemas kannn?




Belakang: Bakul en.ceben + saya
Depan: Bakul Rayyan + bakul Rania


Anak-anak saya kecil lagi.. Rayyan 6 tahun, Rania 3 tahun. Budak-budak biasalah bila disuruh ambil baju sendiri.. Mana yang tak berkenan, semuanya jatuh di lantai. Lepastu baju di rak mesti akan berselerak. So, saya galakkan anak-anak saya ambil baju yang di dalam bakul dahulu. Dah memang pun tak lipat lagi kan.. Pilih-pilih yang mana berkenan dihati, terus ambik pakai. So baju di rak takda lah depa kacau sangat. Hehehe.. Ibu-ibu yang bekerja mesti setuju dengan cara ni kan? Lainlah kalau en.ceben anda rajin lipat baju.. En.ceben saya rajin basuh pinggan dan kemas rumah sahaja. Lipat baju memang no-no lah.. Haha..



Underwear anak-anak


Selain dari tu, macam pakaian dalam anak-anak saya pun saya sediakan bakul kecik. Bakul ni saya letak siap-siap di rak baju depa. Maklum saja lah, underwear budak-budak kan kecik comey. Selalunya pagi-pagi mesti akan tercari-cari yang kecik-kecik ni. So dengan kaedah ini dapat jugak jimatkan masa.


Ok, jomlah kita habihkan lipat baju yang berbakul-bakul tu. Semoga tips ini dapat tolong selesaikan masalah anda. Hehe..

15 July 2016

Tips Kurangkan Bil Elektrik Di Rumah

Assalamualaikum..


Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini saya nak share tips macamana nak kurangkan bil elektrik di rumah. Ekceli saya pun terkejut tengok bil elektrik bulan ni. RM91.60!! Mungkin ada yang kata 'alaaaa.. RM91.60 pun nak kecoh'. Ya, bil elektrik rumah saya selalunya dalam lingkungan RM50 - RM55 sahaja sebulan. Pernah sekali mencecah hampir RM150 masa Elnino haritu. Negeri Perlis adalah di antara negeri yang suhu paling tinggi masa Elnino haritu.. Ye la, aircond buka 24 jam kot. Anak-anak nak main di luar rumah memang mama depa tak bagi, takut kena stroke haba. So, main dalam bilik saja lah sambil tengok movie, upin ipin, main lori, bomba. Upin ipin tu sampai saya pun boleh hafal dialog. Depa ulang tengok sungguh.. Huhuhu..


So tadi balik rumah time rehat, teringat nak pi check bil-bil dalam letter box. Hanya ada bil elektrik saja. Tengok-tengok bil, tak puas hati sebab bil elektrik tinggi. Saya masuk dalam rumah then tanya hubby, kenapa bil bulan ni tinggi? likpok likpok mata dia tengok saya dok pegang bil.. Hahahaha.. Bila dibelek-belek, rupanya caj semasa hanya RM36.19 sahaja. Belek lagi.. Eh, ada tunggakan la bulan lepas RM55.40. Rasa macam dah bayar, tapi rupanya belum bayar!


Eh, sattttt.. RM36.19???? Lagi gila rendah dari biasa.. Hahaha.. Mungkin sebab balik kampung seminggu haritu kot.. Lampu raya liplap-liplap pun tak pasang.. Sebenarnya ada yang saya amalkan dalam sebulan ni.. Ok, mai saya share sikit tips cemana nak kurangkan bil elektrik. Rasa berbaloi bila buat macamni tapi kena disiplinkan tangan sendiri ok. 


1. Cabut semua plug yang tak digunakan di soket dinding. 

- Seterika
- Radio
- TV
- Astro (saya tak guna Astro kat rumah)
- Modem internet (pun takda kat rumah)
- Mesin basuh
- Microwave / oven
- Charger
- Kipas dinding


Ya, sebab tu saya kata kena disiplinkan tangan. Kalau dah habis guna, tutup suis dan terus cabut plug. Ingat tau mesti kena CABUT dari soket. Macam peti sejuk tu tak payah la cabut. Kat rumah saya ada aircond 2 biji, peti sejuk, chest freezer (beli untuk simpan susu Rania dulu. Sekarang ni simpan aiskrim, air tiub, ikan, ayam, frozen foods, etc). Kalau nak ikutkan penggunaan tu mesti dah lebih dari RM50 sebulan kan..


2. Set DRY Mode pada aircond

Pernah terbaca di FB pasal  DRY mode pada aircond (brand Panasonic. Brand lain saya tak pasti). So saya pun try.. Suhu pun saya set 25'c - 26'c sahaja. Bilik tidur pun biasa-biasa saja takda la besar sangat. So suhu tu ok dengan ahli jemaah di bilik tidur..  Selama sebulan ni kalau on saja aircond mesti kena set DRY mode. Tengok hasil di bil elektrik bulan ni, ok not bad! Sangat membantu..


Kalau dah on aircond kat bilik, wajib tutup pintu. Jangan biarkan udara sejuk tu keluar, nanti aircond akan bekerja keras untuk sejukkan ruang bilik tu.


3. Usaha untuk minimumkan penggunaan elektrik.

- Anak-anak mandi pagi, saya masak air dengan cerek dapur gas. Cerek elektrik dah lama tak guna since rosak. Cerek elektrik ni pun salah satu penyebab bil elektrik tinggi.

- Simpan air panas dalam flask. Saya tak guna water heater, coway, cuckoo semua tu.

- Panaskan lauk dalam periuk. Jarang sangat guna microwave. Better panaskan lauk dalam periuk sampai mendidih untuk elakkan lauk cepat basi.

- Tak pasang astro kat rumah. Tengok saja channel biasa kat tv, tu pun kadang-kadang ja tengok. Ada astro pun masalah jugak. Jenuh berperang nak suruh siapkan homework atau suruh mandi.. Mata tu memang tak boleh lekang dari tv. So lepas pindah rumah baru tahun lepas, saya terminate akaun astro. Sejak dari tu, anak-anak lebih suka main kat luar tepi rumah dan tengok movie dan video yang saya download di komputer saja. Boleh pulak kan? Heheh..

- Takda modem internet / wifi di rumah. Just guna data plan kat handphone saya dan hubby sahaja. Anak-anak nak tengok youtube, saya hadkan masa dan hanya boleh tengok lama sikit masa weekend sebab masa weekend mama depa dapat kuota extra 1.25GB.. Hahahah.. Depa pun dah tau, kalau tengah tengok youtube tu, dapat SMS (reminder dah berapa GB kita guna untuk weekend), depa akan bagi balik handphone tu kat mama..

- Iron baju kerja, baju sekolah anak-anak seminggu sekali. Yang ni memang kena rajin. Kadang-kadang mai time malas, esok pagi lepas solat subuh baru iron. Hahaha..

- Servis aircond sendiri.. Servis sendiri tu macam lap-lap, cuci filter. Filter memang wajib bersihkan sebab kalau debu-debu dah bertapuk kat filter tu, aircond pun akan bekerja keras. So yang ni pun boleh sebabkan bil elektrik naik. 



Ni saja lah tips yang saya amalkan dan saya kongsi dengan anda. Semoga dengan tips-tips ringkas ini dapat membantu anda untuk kurangkan bil elektrik di rumah lepas ni. Cuba lah.. Memang berbaloi.. 

14 July 2016

Homemade Creamy Mushroom Soup Sumpah Sedap Macam Pizza Hut

Assalamualaikum..


Kemain tajuk post harini.. Hahaa.. Al-kisahnya semalam teringin pulak nak makan mushroom soup macam kat Pizza Hut. Maka terjadilah homemade-creamy-mushroom-soup-sumpah-sedap-macam-Pizza-Hut pagi tadi. Haaaa..Ambik kau..


Mushroom soup ni memang fevret ahli jemaah di rumah. Rayyan dan Rania sangat suka hokey! So kalau nak beli di Pizza Hut, jenuh jugak nak angkut mushroom soup ni. Dah tu takkan nak beli mushroom soup saja kalau dah singgah Pizza Hut kannnnn.. Hehehe..


Semalam saya ke Giant Kangar nak beli roti Baguette. Dah nak buat mushroom soup rasa macam tak lengkap kalau tak ada kawan dia.. Tak feel lah telan soup ni semata-mata..  Roti Baguette ni saya beli dengan harga RM2 sahaja. Dalam plastik tu ada 2 batang. Kepada sesiapa yang masih blur apa itu roti baguette, saya sertakan gambar di bawah, ehsan pakcik Google.. Hehehe.. Roti Baguette ni ada juga yang panggil roti Perancis.




Roti Baguette / Roti Perancis


Dah dapat roti Baguette, jalan-jalan di bahagian herbs ternampak italian herbs & seasoning 4 in 1. Ada oregano, parsley, basil dan rosemary. Harga RM20.00 lepas harga promosi. Harga sebenar kalau tak salah menghampiri RM30 untuk 1 bekas tu. Kalau nak beli satu-satu herbs ni, satu saja dah RM7-RM9. So saya ambil sebab suka tengok bekas dia, comellllll.. 




 Hasil carian pakcik Google. 
Hasil carian pakcik Google


Maka pagi tadi bersilatlah kat dapur sorang-sorang. Bangun punya la awal tapi nak buat mushroom soup ni tak sampai setengah jam pun. Hahaha.. Kepada anda-anda yang baca post ni, sumpah tak tipu resepi ni sangatlah sedap. Dah banyak kali buat. Pagi ni saya bekalkan Rayyan mushroom soup ni untuk dia breakfast di tadika. Ada lebih lagi saya tinggalkan sikit untuk hubby dan selebihnya saya bawa bekal ke ofis. Kawan-kawan saya cakap sedap! Sukanya saya.. Saya share skali resepi garlic butter bread ya.








 CREAMY MUSHROOM SOUP








Bahan-bahan:

1 keping dada ayam - kali ni tak letak sebab ayam masih dalam freezer. Hehe
300ml air
500ml fresh milk
2 kiub pati ayam Knorr
1/2 sudu kecil dried parsley
1/2 sudu kecil blackpepper
1/2 sudu kecil oregano
1 tin kecil cendawan butang - 5 biji dihiris nipis, selebihnya dicincang
1/2 cawan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
Secubit garam kasar


Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil-kecil, rebus di dalam periuk bersama air.  
2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga mendidih. Kacau selalu untuk elakkan susu berkerak di dasar periuk.
3. Masukkan mushroom.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga pekat.
5. Perasakan dengan garam. Jangan terlebih garam kerana kuib ayam Knorr dah sedia masin.



GARLIC BUTTER BREAD







Bahan-bahan:

1 batang Roti Baguett (Roti Perancis) 
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil dried parsley
1 ulas bawang putih - bakar sekejap dan tumbuk halus @ cincang pun boleh


Cara-cara:

1. Roti dipotong serong. Boleh dapat lebih kurang 10 keping.
2. Campur semua butter, dried parsley dan bawang putih. Sapu di atas roti.
3. Bakar di atas non-stick pan. Tak perlu letak minyak.
4. Masak sehingga garing keperangan di kedua-dua belah.

13 July 2016

Nasi Lemak Rayyan - Simple dan Sedap

Assalamualaikum..


Sebab apa saya letak nama 'Nasi Lemak Rayyan'? Sebab Rayyan memang seorang yang boleh dikatakan 'picky eater'. Selalunya dia memang tak makan nasi lemak yang dibeli di kedai tapi bila saya buat, memang dia suka. Just makan nasi lemak dan telur dadar sahaja. Pun bolehhhh.. Dia akan ulang makan dari breakfast sampai la ke lunch. Apa yang dia suka memang dia pulun. Kadang tu seminggu direct dia akan minta saya buat nasi lemak untuk dia breakfast. 


Semalam Rayyan request nak nasi lemak. So bangun pagi tadi nak buat nasi lemak boleh pulak terlupa nak ambik serai kat belakang rumah semalam. Ajak la hubby teman pulak.. Dalam gelap-gelap tu dok kerat serai.. Hahaha







Nasi lemak ni saya guna serai, daun pandan dan halia fresh dari tanaman. Serai tuan rumah yang tanam.. Daun pandan dan halia saya tanam dalam pasu saja. Daun pandan tu baby lagi, saya tanam semula sebab yang sebelum ni dah mati. Boleh lah asalkan ada untuk aroma nasi lemak. Tidak kelihatan dalam gambar: bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan butter. Lupa nak snap skali. Sorry.. 


Resepi ini memang sedap, nasi lemak akan nampak cantik berkilat dan berderai. Orang Utara kata 'seroi'.. Hehe.. Tak rugi cuba tau.



NASI LEMAK RAYYAN

Hidangan: 4 orang dewasa
Masa memasak: 20 - 25 minit


Bahan-bahan tumis:

1 ulas bawang merah (hiris nipis)
1/2 inci halia (hiris nipis)
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan (simpul) - tak simpul pun sebab daun kecik
4 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar butter untuk tumis

1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air (campur jadikan 1 cawan)
2 cawan beras


Cara-cara:

1. Basuh beras dalam periuk nasi seperti biasa tetapi lebihkan basuhan beras tersebut. (3-5 kali basuhan)
2. Tos dan letak tepi.
3. Panaskan butter dan masukkan semua bahan-bahan tumis dan tumis sehingga naik bau. 
4. Masukkan air dan masukkan sedikit garam kasar
5. Kacau selalu dan masak sampai mendidih. Jangan lama (lebih kurang 2 minit), nampak ja mendidih terus tutup api. Nak elakkan dari santan tu berketul.





6. Tuangkan ke dalam rice cooker yang berisi beras dan masak nasi macam biasa. Tempoh masak nasi lemak lebih kurang 20 minit.


TIPS

* saya gunakan cawan beras yang dapat masa beli rice cooker






** saya gunakan cawan ikea yang berwarna-warni tu untuk sukat air. 




Sukatan air dengan menggunakan cawan ni memang ngam dengan sukatan cawan beras yang dapat sekali masa beli rice cooker tu. Saya sertakan sekali nisbah beras dan air serta masa memasak. Harap dapat membantu. =)






12 July 2016

Testimoni: V' Asia Ladies Collagen

Assalamualaikum..


Hai, hari ni saya nak share product yang saya sendiri amalkan. V' ASIA LADIES COLLAGEN.. Terus terang saya bagitau yang saya tak dibayar oleh syarikat V' Asia untuk buat review ni tapi saya ikhlas nak share dengan wanita-wanita lain yang nak sihat dalaman dan luaran. 


Ceritanya macamni.. Sebenarnya kan, saya terbeli V' Asia Ladies Collagen ni.. Errr.. 'Terbeli'? Ahahaha.. Nampak nau nipu.. 


Oklah, actually saya nak cari product untuk kesihatan dalaman plus luaran. Saya baru stop menyusukan anak perempuan saya, Rania (2 tahun setengah). Ibu-ibu yang pernah menyusu mesti tau problemnya apa kan.. So saya ke kedai jamu di Pasaraya Hafifah Mara, Kangar. Masa tu saya bawa anak saya yang sulong, Rayyan (6 tahun). Kebetulan saya ambil dia balik dari kelas Iqra' teringat nak singgah di kedai jamu tu.


Masa dok belek-belek jamu kat kedai tu, adik tu suggest V' ASIA LADIES COLLAGEN ni.. Dan-dan tu terbayang pulak Dato' Jalaludin Hassan dok menyanyi lagu iklan V' Asia ni kat tv.. Hahahaha.. 


Ok serius balik, collagen ni ada 2 versi. Botol dan sachet dalam kotak.. Bila tengok yang versi botol tu rasa macam.. 'Alaaaa, segan la pulak.. Ni kalau Rayyan tanya ni jenuh menjawab aku..' Ahahaha.. Bila tanya apa kelebihan botol & sachet, adik tu cakap sama ja cuma yang sachet ni senang nak bawak travel. Hmmmm.. Memandangkan saya kerap outstation, so saya try yang sachet. 


1 kotak V' ASIA LADIES COLLAGEN ni ada 13 sachet. 1 sachet = 20ml. Mula tu terpikir gak, ala 13 sachet ja.. Tak sampai 2 minggu ni. Haha.. Tapi nak try jugak.. Just koyak dan minum sebelum sarapan pagi. Sedap, rasa masam-masam sikit macam mango.




Versi sachet 
Harga pasaran: RM35.00
Saya beli: RM28.00



Versi dalam botol
Harga pasaran: RM35.00


So saya try masa tu saya ada di Putrajaya, meeting dan kursus. Mula-mula minum tu takda lah macam berharap sangat effect dia tp sepanjang saya ada di sana (4 hari 3 malam), dah dapat rasa perubahan terutamanya pada breast. Selain dari tu, rasa macam tak lapar pulak. Sebab masa saya di Putrajaya, saya puasa ganti. Tak rasa letih pun.  Pada masa yang sama saya ada masalah tumit kaki merekah. Dua-dua belah pulak tu. Tapi Alhamdulillah lepas saya minum collagen ni, tumit kaki saya dah makin elok. Sukanya saya.. Hanya orang yang alami tumit merekah ja yang tau seksa dan rimasnya macamana.. Kan? Hehehe.. 


Jom kita tengok kelebihan V' ASIA LADIES COLLAGEN ni.


Jus Ladies Collagen V'Asia adalah campuran 16 herba terpilih yang mempunyai kebaikan bagi meningkatkan serta mengekalkan tenaga dalaman serta kecantikan diri. Jus Ladies Collagen V’Asia dapat memberi kesan sehingga 3 kali ganda lebih baik berbanding produk lain.


Khasiat Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Mendapatkan bentuk badan yang menarik
  • Seimbangkan hormon
  • Mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang menawan
  • Merapatkan vagina serta melambatkan proses menopous
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan haid dengan lebih teratur
  • Melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan
  • Mengembalikan keintiman hubungan
  • Membantu menyuburkan wanita bagi menimang cahayamata

Kandungan Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Air R.O
  • Lobata
  • Mirifica
  • Kacip Fatimah
  • Serapat
  • Habbatus Sauda
  • Madu
  • Manjakani
  • Goji
  • Delima
  • Kismis
  • Ginkgo Biloba
  • Pinang
  • Asam jawa
  • Kunyit
  • Puri Mangga

Cara penggunaan Jus Ladies Collagen V’Asia:


Amalkan 1 hingga 2 sudu dan minum segelas air kosong atau jus buahan sebelum sarapan. Goncang dahulu dan gunakan sudu plastik (*ni untuk yang dalam botol) kerana Ladies Collagen adalah produk yang berasaskan homeopati


Perhatian: Simpan Jus Ladies Collagen V’Asia di tempat yang kering





11 July 2016

Happy Bornday lailyrashid.blogspot.com






Assalammualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita saya nak wujudkan sebuah blog peribadi sendiri.Actually dah ramai kawan-kawan saya yang dah ada blog sendiri. So keinginan 'nak jugak' ada blog sendiri tu menggedik-gedik. Orang Utara kata 'try pi la kannn..' Haha


Ok, tujuan utama saya tulis blog ini lebih kepada nak kongsi minat saya di dalam bidang masakan, mungkin sedikit dalam bidang gardening, secubit dalam bidang fotografi dan lain-lain yang seangkatan dengan profession seorang isteri, ibu dan wanita yang berkerja juga merangkap seorang suri rumah. Heheh.. 



Ya, saya memang suka masak. Resepi-resepi yang akan dikongsikan nanti saya halalkan sekiranya tuan/puan nak copy. Ambillah dan masaklah dengan penuh kasih sayang.. Gittewww..