12 July 2016

Testimoni: V' Asia Ladies Collagen

Assalamualaikum..


Hai, hari ni saya nak share product yang saya sendiri amalkan. V' ASIA LADIES COLLAGEN.. Terus terang saya bagitau yang saya tak dibayar oleh syarikat V' Asia untuk buat review ni tapi saya ikhlas nak share dengan wanita-wanita lain yang nak sihat dalaman dan luaran. 


Ceritanya macamni.. Sebenarnya kan, saya terbeli V' Asia Ladies Collagen ni.. Errr.. 'Terbeli'? Ahahaha.. Nampak nau nipu.. 


Oklah, actually saya nak cari product untuk kesihatan dalaman plus luaran. Saya baru stop menyusukan anak perempuan saya, Rania (2 tahun setengah). Ibu-ibu yang pernah menyusu mesti tau problemnya apa kan.. So saya ke kedai jamu di Pasaraya Hafifah Mara, Kangar. Masa tu saya bawa anak saya yang sulong, Rayyan (6 tahun). Kebetulan saya ambil dia balik dari kelas Iqra' teringat nak singgah di kedai jamu tu.


Masa dok belek-belek jamu kat kedai tu, adik tu suggest V' ASIA LADIES COLLAGEN ni.. Dan-dan tu terbayang pulak Dato' Jalaludin Hassan dok menyanyi lagu iklan V' Asia ni kat tv.. Hahahaha.. 


Ok serius balik, collagen ni ada 2 versi. Botol dan sachet dalam kotak.. Bila tengok yang versi botol tu rasa macam.. 'Alaaaa, segan la pulak.. Ni kalau Rayyan tanya ni jenuh menjawab aku..' Ahahaha.. Bila tanya apa kelebihan botol & sachet, adik tu cakap sama ja cuma yang sachet ni senang nak bawak travel. Hmmmm.. Memandangkan saya kerap outstation, so saya try yang sachet. 


1 kotak V' ASIA LADIES COLLAGEN ni ada 13 sachet. 1 sachet = 20ml. Mula tu terpikir gak, ala 13 sachet ja.. Tak sampai 2 minggu ni. Haha.. Tapi nak try jugak.. Just koyak dan minum sebelum sarapan pagi. Sedap, rasa masam-masam sikit macam mango.




Versi sachet 
Harga pasaran: RM35.00
Saya beli: RM28.00



Versi dalam botol
Harga pasaran: RM35.00


So saya try masa tu saya ada di Putrajaya, meeting dan kursus. Mula-mula minum tu takda lah macam berharap sangat effect dia tp sepanjang saya ada di sana (4 hari 3 malam), dah dapat rasa perubahan terutamanya pada breast. Selain dari tu, rasa macam tak lapar pulak. Sebab masa saya di Putrajaya, saya puasa ganti. Tak rasa letih pun.  Pada masa yang sama saya ada masalah tumit kaki merekah. Dua-dua belah pulak tu. Tapi Alhamdulillah lepas saya minum collagen ni, tumit kaki saya dah makin elok. Sukanya saya.. Hanya orang yang alami tumit merekah ja yang tau seksa dan rimasnya macamana.. Kan? Hehehe.. 


Jom kita tengok kelebihan V' ASIA LADIES COLLAGEN ni.


Jus Ladies Collagen V'Asia adalah campuran 16 herba terpilih yang mempunyai kebaikan bagi meningkatkan serta mengekalkan tenaga dalaman serta kecantikan diri. Jus Ladies Collagen V’Asia dapat memberi kesan sehingga 3 kali ganda lebih baik berbanding produk lain.


Khasiat Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Mendapatkan bentuk badan yang menarik
  • Seimbangkan hormon
  • Mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang menawan
  • Merapatkan vagina serta melambatkan proses menopous
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan haid dengan lebih teratur
  • Melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan
  • Mengembalikan keintiman hubungan
  • Membantu menyuburkan wanita bagi menimang cahayamata

Kandungan Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Air R.O
  • Lobata
  • Mirifica
  • Kacip Fatimah
  • Serapat
  • Habbatus Sauda
  • Madu
  • Manjakani
  • Goji
  • Delima
  • Kismis
  • Ginkgo Biloba
  • Pinang
  • Asam jawa
  • Kunyit
  • Puri Mangga

Cara penggunaan Jus Ladies Collagen V’Asia:


Amalkan 1 hingga 2 sudu dan minum segelas air kosong atau jus buahan sebelum sarapan. Goncang dahulu dan gunakan sudu plastik (*ni untuk yang dalam botol) kerana Ladies Collagen adalah produk yang berasaskan homeopati


Perhatian: Simpan Jus Ladies Collagen V’Asia di tempat yang kering






33 comments:

  1. anak dara pon boleh amalkan jugak ke ladies collagen ni?

    ReplyDelete
  2. Yg sachett plak 1 hari bp kali bole minum??

    ReplyDelete
  3. shamimie nadzwin: alamak dik, tak pasti la.. nanti akak balik check..
    Zalina Rusli: 1 hari 1 kali sajo..

    ReplyDelete
  4. Salam. saya wakil dari V'Asia memohon untuk mengambil testimoni yang di post di atas saudari. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. cara minum y dl botol,1-2 sudu,dh minum pastu trus minum air koso ng ke,atau masuk kan jus tu dlm air kosong

    ReplyDelete
  6. salam sis, nk tnye, kalau dtg bln, kene stop dulu atau boleh teruskan minum?

    ReplyDelete
  7. salam sis, nk tau jugak ibu yg tgh berpantang n still susukn bb boleh amalkan x jus jamu ni?tq

    ReplyDelete
  8. Assalam sis .Sy menyusukan bayi 4bln boleh ke nak minum?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nk tnye ladies collagen dlm botol hanye guna 1 ari sekali tau 1 ari dua kali....

    ReplyDelete
  11. Kalau kita amalkan minum VAsia Ladies Collagen setiap hari, boleh tak kita makan madu atau habbatus sauda as a health supplement? is it too much? sebab ladies collagen menagandungi madu dan habbatus sauda kan?

    ReplyDelete
  12. Lepas bersalin menyusu baby boleh ke amalkan ladies collagen

    ReplyDelete
  13. Saya Secara x sengaja telah minum adik saya punya ladies collagen ni ..dlm x sengaja plak tu saya dapati jerawat saya y meradang dikulit pipi saya mengerimg..selama 7 bulan jerawat saya muncul x pernah nak hilang.alhamdulilah .jerawat mulai kerimg dan kulit semakin sihat.tq.

    ReplyDelete
  14. Sy pun terbeli jgk msa pegi kedai jamu. Dlm msa yg sama nk ushar produk yg blh anjalkan breast cz sejak berat bdn sy turun cik breast pun cam jatuh. Tp alhamdulillah lps dh amal dlm tempoh 2 minggu cik b makin padat n anjal. Tq ladies collagen����

    ReplyDelete
  15. sy suka sgt minum kafein ...klu tak minum dlm satu hri tu sy blh rsa mengatok...klu sy nak ambil collagen ni ada kesan sampingan tak? atau mcm mna sy nak atur msa pengambilan collagen & kafein?

    ReplyDelete
  16. klau kkita minum berat badan naik tak?? saya takut naik jer..

    ReplyDelete
  17. Kenapa kita minum badan sakit2 semua ye..memang begitu ke..mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  18. Klu umur dlm 50an boleh minum tak. Sudah menopause blh tak minum

    ReplyDelete
  19. klau consume ni bole makan women multivitamin dari blackmores tak ??

    ReplyDelete
  20. Klau minum ladies clgen blh cmpur ngn pelcffee kacip fatimah x?

    ReplyDelete
  21. Saya dah rase ladies collagen...memang berkesan...lagi lagi kt breast 😅

    ReplyDelete
  22. Assalam kak laily rashid saya nak tanya em macam mana ye cara nak minum ladies collegen yang botol tu dan lagi ladies collegen ni boleh tak mengganjalkan breast

    ReplyDelete
  23. Boleh tak laki² minum ladies collagen ni...

    ReplyDelete
  24. Ibu menyusu bayi 2 bulan boleh minum ke ladies collagen dan ibu yg baru lepas bersalin boleh amalkan?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum hai good morning , sy nak tyee laa sy adee beli ladies collagen hehe sje nak try , tapi skrng sy tengah period boleh ke minum ?

    ReplyDelete