14 July 2016

Homemade Creamy Mushroom Soup Sumpah Sedap Macam Pizza Hut

Assalamualaikum..


Kemain tajuk post harini.. Hahaa.. Al-kisahnya semalam teringin pulak nak makan mushroom soup macam kat Pizza Hut. Maka terjadilah homemade-creamy-mushroom-soup-sumpah-sedap-macam-Pizza-Hut pagi tadi. Haaaa..Ambik kau..


Mushroom soup ni memang fevret ahli jemaah di rumah. Rayyan dan Rania sangat suka hokey! So kalau nak beli di Pizza Hut, jenuh jugak nak angkut mushroom soup ni. Dah tu takkan nak beli mushroom soup saja kalau dah singgah Pizza Hut kannnnn.. Hehehe..


Semalam saya ke Giant Kangar nak beli roti Baguette. Dah nak buat mushroom soup rasa macam tak lengkap kalau tak ada kawan dia.. Tak feel lah telan soup ni semata-mata..  Roti Baguette ni saya beli dengan harga RM2 sahaja. Dalam plastik tu ada 2 batang. Kepada sesiapa yang masih blur apa itu roti baguette, saya sertakan gambar di bawah, ehsan pakcik Google.. Hehehe.. Roti Baguette ni ada juga yang panggil roti Perancis.




Roti Baguette / Roti Perancis


Dah dapat roti Baguette, jalan-jalan di bahagian herbs ternampak italian herbs & seasoning 4 in 1. Ada oregano, parsley, basil dan rosemary. Harga RM20.00 lepas harga promosi. Harga sebenar kalau tak salah menghampiri RM30 untuk 1 bekas tu. Kalau nak beli satu-satu herbs ni, satu saja dah RM7-RM9. So saya ambil sebab suka tengok bekas dia, comellllll.. 




 Hasil carian pakcik Google. 
Hasil carian pakcik Google


Maka pagi tadi bersilatlah kat dapur sorang-sorang. Bangun punya la awal tapi nak buat mushroom soup ni tak sampai setengah jam pun. Hahaha.. Kepada anda-anda yang baca post ni, sumpah tak tipu resepi ni sangatlah sedap. Dah banyak kali buat. Pagi ni saya bekalkan Rayyan mushroom soup ni untuk dia breakfast di tadika. Ada lebih lagi saya tinggalkan sikit untuk hubby dan selebihnya saya bawa bekal ke ofis. Kawan-kawan saya cakap sedap! Sukanya saya.. Saya share skali resepi garlic butter bread ya.








 CREAMY MUSHROOM SOUP








Bahan-bahan:

1 keping dada ayam - kali ni tak letak sebab ayam masih dalam freezer. Hehe
300ml air
500ml fresh milk
2 kiub pati ayam Knorr
1/2 sudu kecil dried parsley
1/2 sudu kecil blackpepper
1/2 sudu kecil oregano
1 tin kecil cendawan butang - 5 biji dihiris nipis, selebihnya dicincang
1/2 cawan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
Secubit garam kasar


Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil-kecil, rebus di dalam periuk bersama air.  
2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga mendidih. Kacau selalu untuk elakkan susu berkerak di dasar periuk.
3. Masukkan mushroom.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga pekat.
5. Perasakan dengan garam. Jangan terlebih garam kerana kuib ayam Knorr dah sedia masin.



GARLIC BUTTER BREAD







Bahan-bahan:

1 batang Roti Baguett (Roti Perancis) 
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil dried parsley
1 ulas bawang putih - bakar sekejap dan tumbuk halus @ cincang pun boleh


Cara-cara:

1. Roti dipotong serong. Boleh dapat lebih kurang 10 keping.
2. Campur semua butter, dried parsley dan bawang putih. Sapu di atas roti.
3. Bakar di atas non-stick pan. Tak perlu letak minyak.
4. Masak sehingga garing keperangan di kedua-dua belah.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casinos - Mapyro
    Harrah's Cherokee 청주 출장안마 Casinos & Gaming. 777 Casino Parkway, 광양 출장안마 Cherokee, NC 28719. Directions · (800) 862-7711. Call 이천 출장안마 Now · More Info. Hours, Takes 통영 출장마사지 Reservations, Accepts Credit 충청남도 출장샵 Cards,

    ReplyDelete