15 July 2016

Tips Kurangkan Bil Elektrik Di Rumah

Assalamualaikum..


Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini saya nak share tips macamana nak kurangkan bil elektrik di rumah. Ekceli saya pun terkejut tengok bil elektrik bulan ni. RM91.60!! Mungkin ada yang kata 'alaaaa.. RM91.60 pun nak kecoh'. Ya, bil elektrik rumah saya selalunya dalam lingkungan RM50 - RM55 sahaja sebulan. Pernah sekali mencecah hampir RM150 masa Elnino haritu. Negeri Perlis adalah di antara negeri yang suhu paling tinggi masa Elnino haritu.. Ye la, aircond buka 24 jam kot. Anak-anak nak main di luar rumah memang mama depa tak bagi, takut kena stroke haba. So, main dalam bilik saja lah sambil tengok movie, upin ipin, main lori, bomba. Upin ipin tu sampai saya pun boleh hafal dialog. Depa ulang tengok sungguh.. Huhuhu..


So tadi balik rumah time rehat, teringat nak pi check bil-bil dalam letter box. Hanya ada bil elektrik saja. Tengok-tengok bil, tak puas hati sebab bil elektrik tinggi. Saya masuk dalam rumah then tanya hubby, kenapa bil bulan ni tinggi? likpok likpok mata dia tengok saya dok pegang bil.. Hahahaha.. Bila dibelek-belek, rupanya caj semasa hanya RM36.19 sahaja. Belek lagi.. Eh, ada tunggakan la bulan lepas RM55.40. Rasa macam dah bayar, tapi rupanya belum bayar!


Eh, sattttt.. RM36.19???? Lagi gila rendah dari biasa.. Hahaha.. Mungkin sebab balik kampung seminggu haritu kot.. Lampu raya liplap-liplap pun tak pasang.. Sebenarnya ada yang saya amalkan dalam sebulan ni.. Ok, mai saya share sikit tips cemana nak kurangkan bil elektrik. Rasa berbaloi bila buat macamni tapi kena disiplinkan tangan sendiri ok. 


1. Cabut semua plug yang tak digunakan di soket dinding. 

- Seterika
- Radio
- TV
- Astro (saya tak guna Astro kat rumah)
- Modem internet (pun takda kat rumah)
- Mesin basuh
- Microwave / oven
- Charger
- Kipas dinding


Ya, sebab tu saya kata kena disiplinkan tangan. Kalau dah habis guna, tutup suis dan terus cabut plug. Ingat tau mesti kena CABUT dari soket. Macam peti sejuk tu tak payah la cabut. Kat rumah saya ada aircond 2 biji, peti sejuk, chest freezer (beli untuk simpan susu Rania dulu. Sekarang ni simpan aiskrim, air tiub, ikan, ayam, frozen foods, etc). Kalau nak ikutkan penggunaan tu mesti dah lebih dari RM50 sebulan kan..


2. Set DRY Mode pada aircond

Pernah terbaca di FB pasal  DRY mode pada aircond (brand Panasonic. Brand lain saya tak pasti). So saya pun try.. Suhu pun saya set 25'c - 26'c sahaja. Bilik tidur pun biasa-biasa saja takda la besar sangat. So suhu tu ok dengan ahli jemaah di bilik tidur..  Selama sebulan ni kalau on saja aircond mesti kena set DRY mode. Tengok hasil di bil elektrik bulan ni, ok not bad! Sangat membantu..


Kalau dah on aircond kat bilik, wajib tutup pintu. Jangan biarkan udara sejuk tu keluar, nanti aircond akan bekerja keras untuk sejukkan ruang bilik tu.


3. Usaha untuk minimumkan penggunaan elektrik.

- Anak-anak mandi pagi, saya masak air dengan cerek dapur gas. Cerek elektrik dah lama tak guna since rosak. Cerek elektrik ni pun salah satu penyebab bil elektrik tinggi.

- Simpan air panas dalam flask. Saya tak guna water heater, coway, cuckoo semua tu.

- Panaskan lauk dalam periuk. Jarang sangat guna microwave. Better panaskan lauk dalam periuk sampai mendidih untuk elakkan lauk cepat basi.

- Tak pasang astro kat rumah. Tengok saja channel biasa kat tv, tu pun kadang-kadang ja tengok. Ada astro pun masalah jugak. Jenuh berperang nak suruh siapkan homework atau suruh mandi.. Mata tu memang tak boleh lekang dari tv. So lepas pindah rumah baru tahun lepas, saya terminate akaun astro. Sejak dari tu, anak-anak lebih suka main kat luar tepi rumah dan tengok movie dan video yang saya download di komputer saja. Boleh pulak kan? Heheh..

- Takda modem internet / wifi di rumah. Just guna data plan kat handphone saya dan hubby sahaja. Anak-anak nak tengok youtube, saya hadkan masa dan hanya boleh tengok lama sikit masa weekend sebab masa weekend mama depa dapat kuota extra 1.25GB.. Hahahah.. Depa pun dah tau, kalau tengah tengok youtube tu, dapat SMS (reminder dah berapa GB kita guna untuk weekend), depa akan bagi balik handphone tu kat mama..

- Iron baju kerja, baju sekolah anak-anak seminggu sekali. Yang ni memang kena rajin. Kadang-kadang mai time malas, esok pagi lepas solat subuh baru iron. Hahaha..

- Servis aircond sendiri.. Servis sendiri tu macam lap-lap, cuci filter. Filter memang wajib bersihkan sebab kalau debu-debu dah bertapuk kat filter tu, aircond pun akan bekerja keras. So yang ni pun boleh sebabkan bil elektrik naik. 



Ni saja lah tips yang saya amalkan dan saya kongsi dengan anda. Semoga dengan tips-tips ringkas ini dapat membantu anda untuk kurangkan bil elektrik di rumah lepas ni. Cuba lah.. Memang berbaloi.. 

No comments:

Post a Comment