Assalamualaikum..
Sebab apa saya letak nama 'Nasi Lemak Rayyan'? Sebab Rayyan memang seorang yang boleh dikatakan 'picky eater'. Selalunya dia memang tak makan nasi lemak yang dibeli di kedai tapi bila saya buat, memang dia suka. Just makan nasi lemak dan telur dadar sahaja. Pun bolehhhh.. Dia akan ulang makan dari breakfast sampai la ke lunch. Apa yang dia suka memang dia pulun. Kadang tu seminggu direct dia akan minta saya buat nasi lemak untuk dia breakfast.
Semalam Rayyan request nak nasi lemak. So bangun pagi tadi nak buat nasi lemak boleh pulak terlupa nak ambik serai kat belakang rumah semalam. Ajak la hubby teman pulak.. Dalam gelap-gelap tu dok kerat serai.. Hahaha
Nasi lemak ni saya guna serai, daun pandan dan halia fresh dari tanaman. Serai tuan rumah yang tanam.. Daun pandan dan halia saya tanam dalam pasu saja. Daun pandan tu baby lagi, saya tanam semula sebab yang sebelum ni dah mati. Boleh lah asalkan ada untuk aroma nasi lemak. Tidak kelihatan dalam gambar: bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan butter. Lupa nak snap skali. Sorry..
Resepi ini memang sedap, nasi lemak akan nampak cantik berkilat dan berderai. Orang Utara kata 'seroi'.. Hehe.. Tak rugi cuba tau.
NASI LEMAK RAYYAN
Hidangan: 4 orang dewasa
Masa memasak: 20 - 25 minit
Bahan-bahan tumis:
1 ulas bawang merah (hiris nipis)
1/2 inci halia (hiris nipis)
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan (simpul) - tak simpul pun sebab daun kecik
4 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar butter untuk tumis
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air (campur jadikan 1 cawan)
2 cawan beras
Cara-cara:
1. Basuh beras dalam periuk nasi seperti biasa tetapi lebihkan basuhan beras tersebut. (3-5 kali basuhan)
2. Tos dan letak tepi.
3. Panaskan butter dan masukkan semua bahan-bahan tumis dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan air dan masukkan sedikit garam kasar
5. Kacau selalu dan masak sampai mendidih. Jangan lama (lebih kurang 2 minit), nampak ja mendidih terus tutup api. Nak elakkan dari santan tu berketul.
6. Tuangkan ke dalam rice cooker yang berisi beras dan masak nasi macam biasa. Tempoh masak nasi lemak lebih kurang 20 minit.
TIPS
* saya gunakan cawan beras yang dapat masa beli rice cooker
** saya gunakan cawan ikea yang berwarna-warni tu untuk sukat air.
Sukatan air dengan menggunakan cawan ni memang ngam dengan sukatan cawan beras yang dapat sekali masa beli rice cooker tu. Saya sertakan sekali nisbah beras dan air serta masa memasak. Harap dapat membantu. =)
No comments:
Post a Comment